♥♥ Tinggalkan jejak anda..^_^ ♥♥

♥♥ Lukis, lukis dan lukis part 1 ♥♥


Hobi mel sejak kecik dulu suka melukis kartun. Dari ke kartun lidi yang beratnya 1g sampai la ke kartun penyapu lidi yang beratnya dah jadi 1kg. Dari hidup kartun tu dalam dunia serba putih, hingga la bertukar ke era baru, hidup dalam dunia berwarna warni..baju dah berkaler, mulut dah dipakaikan lipstik..hehe
Time sekolah, kelas melukis la paling tak sabar nak tunggu. Tertanya2 hari ni cikgu nak ajar method apa la pulak..habis je kelas melukis hari tu, balik sekolah nanti cari lukisan2 mel pastu praktikkan apa yang cikgu ajar hari tu..ada yang menjadi, rasa puas hati senyum sampai ke telinga..Tapi kalau tak menjadi, rasa sedih je sebab dah rosakkan satu lukisan. Tapi sekarang semua lukisan2 mel sepupu dah ambik nak simpan sebagai kenangan..yang tinggal kartun " Blues untuk Aku ". Time tu popular kartun tu dalam majalah Ujang..huhu..

lukisan time form 5
( boleh klik kat gambar untuk tumbesaran..^_^ ) Kartun ni mel ambik dari majalah. Mel lukis balik sebab cikgu suruh lukis pasal hari jadi. Ni first time praktikkan watercolor kat lukisan. Tapi lepas habis je color2 semua, time mel nak pergi basuh bekas color tu, mel terjatuh gedebuk macam nangka busuk. Habis saki baki color2 kat bekas tu tertumpah kat baju dengan muka. Ingat lagi time tu kena perli dengan abang mel.." hang ni dik angin tak dak ribut tak dak, tiba2 jatuh ni napa.." Yang mak kat dapur dah bising2 kat abang.." hang ni bukan nak angkat adik hang jatuh teruk tu.." Terus abang gelak2 rasa bersalah pastu datang angkat mel. Time tu memang mel tak boleh nak bangun, rasa sebak je kat dada sakit sangat..tapi bila tengok balik lukisan ni terbang semua rasa sakit..walaupun bagi orang lain lukisan ni biasa ja tapi mel rasa puas hati sebab mel belajar dari bawah..^_^

First time lukis potret sendiri

Sebelum ni mel suka lukis gambar artis macam gambar siti, erra, shah rukh dengan aishwarya..gambar2 novel..ni saja2 try lukis potret sendiri, pastu baru start lukis potret kawan2, potret dengan mak..^_^

first time lukis gambar kawan2

Lukisan ni request dari kawan minta tolong lukiskan gambar dia. Sanggup belikan buku lukisan bagi kat mel khas untuk lukiskan gambar dia..tapi sekarang ni tak tertunai2 lagi dia minta tolong lukiskan gambar family dia..minta maaf ye wa...insyaAllah mel akan lukiskan jugak nanti..time ni dah berapa bulan tak melukis. Pastu start dengan lukis gambar ni, tak berapa jadi sangat..tangan dah keras dah..huhu

model --) Azwa
Bila tengok lukisan ni baru perasan yang mel dah salah guna pensil. Selalu guna pensil kayu 2B biasa tu..tapi ni lukis guna pensil tekan. Patut la rasa macam kasar je line2..

ridwan
adik humaira
azwa
syabab
Ni pulak lukisan2 yang mel sengaja lukis khas untuk post bersama2 kad raya kat diorang. Time ni sempat lukis yang ni je..Sebab time tu berapa hari je lagi dah nak raya.. ^_^

sepupu --) aniq
Ni pulak sepupu minta tolong lukis gambar dia. Gambar yang dia bagi tak berapa clear. Yang ni je yg terang sikit pon..So lukis yang ni je la..banyak2 sepupu yang ni suka melukis jugak..=)

source --) pakcik google
Time ni nak belajar lukis rambut. Sebab banyak2 rambut yang paling tak pandai nak lukis. Cari2 kat google jumpa kartun ni. So terus lukis..^_^


Ok..sekian saja mel ceritakan tentang hobi mel dulu kini dan selamanya..huhu..melukis ni kadang2 boleh release tension jugak..sebab time melukis tu kita fokus untuk siapkan lukisan tu. Dengan otomatiknya kita dah tak pikir masalah2 kita time melukis tu. Dengan melukis jugak kita dapat zahirkan perasaan kita. Ni selalunya bagi orang2 yang dah pro la. Melukis dengan watercolor, luahkan perasaan dia pada sekeping canvas. Hanya dia yang paham maksud disebalik lukisan tu..




Ni antara lukisan2 yang mel suka dalam filem Taare Zameen Par arahan Aamir Khan sendiri. Filem dia pon best..ada pengajaran yang sangat berguna..^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...