Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥♥ Tinggalkan jejak anda..^_^ ♥♥

♥♥ Jom berdoa sekali dengan mel... ♥♥


  
Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah, sesunguhnya hati ni merasa gundah dan gelisah..melihat keadaan dunia akhir zaman ni Ya Allah..sungguh mel merasa pilu setiap kali terdengar masalah2 keruntuhan akhlak para muda mudi zaman millennium ini Ya Allah..sayu hati bila melihat umat Islam sekarang sudah berpecah belah, menindas antara satu sama yang lain..ramai yang lupa diri, dan yang paling sedih, ramai yang lupa padaMu Ya Allah..mereka tidak meletakkanMu sebagai perkara utama dalam melakukan sesuatu perkara..mereka hanya mengikut kata nafsu dan lebih suka tenggelam dan hanyut dalam syurga duniawi buatan mereka Ya Allah..Ya Allah, Kau jadikan kami untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini..
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering,
yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.
Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu dari angin api yang panasnya menyerap
ke liang bulu roma (نار السموم). Dan (ingatkanlah peristiwa)
ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
“Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia
dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.”
[al-Hijr 15:26-28]
saat Adam diciptakan..lalu para malaikat sujud kepadanya..akur tanpa membantah..kecuali iblis..
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat:
“Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan iblis;
ia adalah berasal dari golongan jin.
[al-Kahf 18:50]
Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu

daripada sujud ketika Aku memerintahmu?”

Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan)

jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.”

[al-A’raaf 7:12]
setelah iblis enggan sujud kepada Adam:
Allah berfirman (kepada iblis):

“Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)!

Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka,

maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua,

sebagai balasan yang cukup.

Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu;

dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda

serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka;

dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda

dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)”.

Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.

[al-Isra’ 17:63-64]
Setelah itu, hari makin hari, masa berganti masa, semakin ramai yang hanyut, dikawal nafsu yang menipu, angkara iblis laknatullah menghasut..iblis sentiasa menggoda dan menghasut anak Adam hinggalah ke akhir hayatnya..ya..iblis telah berjaya..!! berjaya mencapai impian dalam menyesatkan anak2 Adam..

Ya Allah, kadang2 mel terfikir, biar mel keseorangan dan bersendirian, mencari jalan dan tempat yang sebaiknya menuju ke jalan yang diredhaiMu Ya Allah..namun, mel sayangkan umat2 Islam, kerana mereka saudara2 mel sendiri..namun, mel bersyukur kerana masih ramai lagi yang berani berjuang demi mempertahankan agama Islam tercinta..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..mel mohon jernihkanlah pemikiran kami Ya Allah. Biarkanlah kami terasing dari dunia yang semakin menghilang nilai Islaminya. Tetapkanlah diri kami untuk teruskan perjuangan kami agar diri kami sentiasa berada pada jalan yang Engkau redhai..Kurniakanlah kami petunjuk,kekuatan dan kesabaran..Selamatkanlah diri kami dari seksa dan azabMu, Ya Allah. Selamatkanlah keluarga kami dari kefanaan dan penipuan dunia ini ya Allah. Kami merintih dan mengadu padaMu…kami tahu kami dah banyak melanggar perintahMu..kami lalai dengan dunia sehingga kami tidak takut dan lupa mati Ya Allah..Ya Allah, kami semua tahu azab dan janji2Mu itu benar belaka..namun, kami hanya insan yang hina yang lemah dengan pujuk rayu hasutan iblis..Allah....!! sungguh kami insaf Ya Allah..tidak ada yang lain kami harapkan selain dari kekuatan dan pertolonganMu..Bantulah kami..Pimpinlah kami..Peliharalah kami… Lindungilah kami..Hidupkanlah nilai2 agamaMu dalam diri kami dan keluarga kami..Janganlah Engkau memesongkan hati kami, setelah Engkau kurniakan kami petunjuk..

Ya Allah, didiklah hati kami untuk sentiasa mencintai dan mentaatiMu. Teguhkanlah pendirian kami, baik dalam kehidupan dunia mahupun di akhirat. Ilhamkan kepada kami untuk selalu mengingati dan mensyukuriMu. Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan jagalah kami dari api neraka. Ya Allah, jangan Engkau jadikan dunia sebagai cita2 kami yang tertinggi, jangan pula sebagai ilmu kami yang paling dalam. Jangan jadikan akhir perjalanan kami ke neraka. Jangan Engkau beri kekuasaan atas kami kerana dosa2 kami. Ya Allah, berikanlah kami cahaya dengan cahaya iman. Jadikanlah kami orang2 yang memberi petunjuk, sedang kami sentiasa mendapat petunjuk. Kumpulkanlah kami bersama hamba hambaMu yang soleh solehah. Yang mereka tiada ketakutan dan kesedihan sedikitpun. Ya Allah, selamatkanlah kami dari makarMu, hiasilah kami dengan sentiasa mengingatiMu, janganlah Engkau hancurkan kami dengan perhiasaanMu yang indah, anugerahkanlah kami dengan kelembutan dan kebaikanMu, tolonglah kami untuk mengingat dan mensyukuriMu Ya Allah..

Ya Allah, selamatkanlah kami dari azabMu dan amankanlah kami dari seksaMu.Ya Allah, berikanlah kami taufik untuk tetap istiqamah dan berbuat adil atas apa yang Engkau kuasakan kepada kami. Ya Allah, kami berlindung kepadaMu dari dunia yang menghalangi kebaikan akhirat. Kami berlindung kepadaMu dari kehidupan yang menghalangi kebaikan kematian. Kami berlindung kepadaMu dari angan2 yang menghalangi amal. Ya Allah, ampunilah kami, kedua orang tua kami, dan segenap umat Islam dengan rahmatMu, wahai Dzat Yang Maha Penyayang diantara penyayang..Hindarkanlah​ kami dari kekhilafan dan kekufuran ini Ya Allah..Ya Allah..muliakanlah kembali Islam dan masyarakat Islam..hentikanlah segala macam kezaliman dan penindasan, permusuhan yang memecah belahkan kami sesama Islam..Semoga selawat dan salam dilimpahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan segenap sahabatnya.
AMIN YA RABBAL ALAMIN...

--> mel percaya, sesiapa yang berdoa dengan hati yang penuh ikhlas dan penuh tawadhuk mengharapkan keredhaan Allah S.W.T pasti akan menangis sambil berdoa..biarkan..biarkan airmata kita jatuh kerana Allah..daripada kita sia2kannya jatuh kerana hanyut dengan permainan duniawi..putus cinta dan sebagainya..suka mel bangkitkan semangat dengan kata2 ni:
atas izinMu aku terlahir,atas kudratMu ku berdiri..atas kebesaranMu akan ku genggam bara Islam ini..Ya Rahman..Ya Rahim..titipkanlah selaut kekuatan buat hambaMu yang lemah ini..biar kepenjuru dunia,biar melangit musafirku..pasti Islam ku genggam rapi..!!
insyaAllah, Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang mengharapkan keredhaanNya..moga Allah sentiasa merahmati dan melindungi kita..amin..

♥♥ Hidup didunia selamanya..? ♥♥



Hidup di dunia ni adakah untuk selama2nya..? TIDAK..Jangan terpedaya dengan keindahan syurga dunia yang terlalu mengasyikkan kita sehingga kita terbuai2 hanyut jauh dari landasan yang ditetapkan Allah. Semua tu hanyalah tipu muslihat dan permainan iblis laknatullah semata2. Semua yang kita miliki didunia ni hanyalah pinjaman dari Allah S.W.T..tiada yang kekal hingga ke syurga, kecuali amalan kita semasa didunia. Hidup ini terlalu indah jika dimanfaatkan sebaik mungkin..Seperti kata Rasulullah S.A.W., "dunia ni adalah ladang akhirat." Anggaplah dunia ni sebagai satu platform untuk kita membina sebuah jambatan untuk ke akhirat kelak. Jika semasa hidup diisikan dengan penuh makna, berlandaskan hukum2 syarak, insyaAllah jambatan yg terbina sgt kukuh untuk menghadapi alam akhirat kekal abadi..jika tidak, sia2lah saja hidup even 1000 tahun skalipun..

Kita semua percaya setiap yang hidup pasti akan mati. Kita tercipta untuk menjadi khalifah di muka bumi ni. Kita semua diwajibkan beribadah kepadaNya dengan seikhlas hati. Bukan kerana mengharapkan yang lain selain dari cintaNya. Kerana apa yang mel selalu nampak, ada diantara kita yang beribadah kepada Allah semata2 kerana menjaga tanggapan kawan2 terhadap dirinya. Solat hanya kerana tidak mahu kawan2 kutuk dia. Bagi yang tak bertudung, pakai tudung time nak pergi masjid je dengan kelas agama. Tu pun sebab tak nak dipandang pelik oleh orang lain. Bukan niat kerana Allah, bukan kerana ikhlas memakainya. Semuanya kerana risaukan pandangan orang lain terhadap diri..

Rasulullah saw. bersabda;
"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu seperti mereka kebuluran mengelilingi hidangan makanan ". Maka salah seorang sahabat bertanya " Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah?" Nabi s.a.w. menjawab, "Tidak,bahkan bilangan kamu amat ramai tetapi kamu umpama buih di lautan. Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit AL-WAHN”. Lantas seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah,Apakah yang dimaksudkan dengan AL-WAHN itu ?" Nabi Muhammad s.a.w. menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".(Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)
Kita percaya wujudnya alam barzakh..Segala azab Allah itu benar belaka..! Kita percaya mati itu pasti..Kita percaya hari kiamat itu pasti akan tiba. 
"Semua yang ada di bumi itu akan binasa.” (QS. Ar Rohman : 26)
 Rumah mewah yang kita huni, kereta besar yang kita banggakan, harta yang kita sanjung, bangunan yang tinggi megah menjulang langit, taman2 yang indah dipandang, gunung2 yang gagah dan perkasa, samudera yang luas yang melapisi sebahagian besar permukaan bumi, bulan yang indah, matahari yang megah memancarkan sinarnya, SEMUANYA akan hancur dan binasa bila tiba saatnya.

Sesungguhnya kita tak tahu pun bilanya kiamat akan tiba, bila masanya malaikat maut akan mencabut nyawa kita, tiada sorang pun yang tahu. Seakan2 sebuah nasihat telah menujah pada diri kita, "bilakah giliran kita akan dipanggil sang pencipta?" pertanyaan yang tak pernah dijawab kerana masih belum siap..belum siap bekal untuk menghadap sang pencipta, masih belum bersedia..masih banyak keinginan yang belum dipenuhi, masih ingin untuk terus memperbanyakkan amal ibadah, masih ingin hidup lebih lama. Hidup ini hanyalah sementara. Dunia ni bersifat fana dan akan kita tinggalkan kelak. 
 
Kehidupan yang kekal hanyalah padaMu
setiap makhluk akan kembali kepadaMu
segala yang Engkau ciptakan akan merasakan mati
hidupkanlah kami untuk beribadah kepadaMu,wahai Sang Pencipta Kehidupan

Segalanya adalah milikMu
namun kami telah merasa dan merasa memiliki
kesombongan kadang menghantui kami, wahai yang Maha Hidup
jauhkanlah kami dari sifat2 iblis yang  terkutuk

Jadikanlah kami orang yang benci berbuat akan dosa
menjauh dari segala perbuatan keji dan mungkar
terbebas dari pujuk rayu iblis dan berisikan iman dan amal saleh
mencintai segala kebajikan dan tunduk akan perintahMu

Wahai Tuhanku, lafazkanlah zikir di lidah kami, tiada henti-hentinya menyebut di hati kami
dari pagi hingga petang menyebut AsmaMu
menyebut kebesaranMu sampai ajal menjemput kami

Kehidupan ini hanyalah persinggahan sementara untuk kembali kepadaNya.Ingatlah sewaktu hidup, untuk berbuat amal soleh, jika ajal merenggut, terputuslah segala amal perbuatan yang akan kita kerjakan.Yang kekal adalah kehidupan akhirat bagi orang2 yang beriman kepadaNya.

♥♥ Debaran Ramadhan ♥♥




Bercerita tentang puasa, pasti kenangan time kecik2 dulu terbayang dimata..waah..bukan main nakal ye kita dulu2..ke mel je yang nakal..hehe..lepas je balik dari sekolah tengahari tu, time nak mandi la saat ditunggu2..selalu hari lain selain bulan puasa, bukan main liat nak mandi lepas balik dari sekolah..sampai je rumah terus nampak katil..^_^ tapi, tiba je bulan puasa, waaah..sampai2 je rumah terus nak mandi..bukan apa, dah ada niat nakal dah dalam hati..sambil mandi sambil la minum air..tak banyak pun..cikiiit je pun..huhu..time ni la nak praktikkan peribahasa yang cikgu ajar kat sekolah..SAMBIL MENYELAM SAMBIL MINUM AIR..bila ibu tanya je, huisyy mesti la adik puasa bu...haa kan kan kan....=P

Sekarang dah besar, jangan puasa yuk2 lagi ye...secara ikhlasnya mel cakap, bila dah makin besar, dah makin mengerti kehidupan, alhamdulillah..dah dapat rasakan kemanisan bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan seribu satu kemuliaan, bulan penuh keberkatan..dah mula paham berpuasa bukan hanya untuk menahan diri dari makan dan minum je, tapi lebih dari itu..bulan Ramadhan adalah penghulu segala bulan. Antara sebab kenapa bulan Ramadhan disebut begitu kerana bulan Ramadhan adalah satu2nya bulan yang didalamnya diwajibkan berpuasa, sementara bulan lain tak pun..Bagi kaum muslimin yang diberi kesempatan hidup pada bulan ni, maka wajiblah atas mereka menjalankan ibadah puasa kecuali bagi yang memiliki uzur syarie seperti sakit atau bermusafir..Sebagaimana firman Allah S.W.T..

" Barangsiapa diantara kamu yang hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan ( lalu dia berbuka ), maka wajiblah baginya berpuasa, sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari2 yang lain." (QS Al-Baqarah : 185)
 Ya Allah..tak sabarnya menanti bulan Ramadhan Al-Mubarak..bulan Ramadhan sangat2 istimewa bagi mel dan bagi umat Islam..Ini adalah kerana Ramadhan adalah bulan di mana Al-Quranul Kareem diturunkan dari Lauhul Mahfuz ke Baytul Izza. Ia adalah bulan di mana terdapat satu malam iaitu Lailatul Qadar, malam yang terbaik di antara seribu bulan pada yang menyaksikan keagunganNya. Dan ia juga bulan di mana Allah S.W.T memerintahkan umat Islam berpuasa, mengikat syaitan2, mengunci pintu2 Neraka dan membuka seluas2nya pintu Syurga, membenarkan umat Islam meninggikan ketaatan dan kekuatan kepada Allah.
Berikut merupakan wasiat Baginda Rasulullah SAW pada malam terakhir bulan Sya’ban, tatkala menyambut datangnya bulan Ramadhan-

"Wahai manusia!

Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan di mana kalian diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.

Pada bulan ini nafas-nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal-amal kalian diterima dan doa-doa kalian dikabulkan. Mohonlah kepada Allah, Tuhan kalian, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Dia membimbing kalian untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan agung ini.

Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tua. Sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jagalah lidah. Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal untuk kalian pandang. Peliharalah pendengaran dari apa yang tidak halal untuk kalian dengar.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosa. Angkatlah tangan-tangan kalian untuk berdoa pada waktu solat. Itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah ‘Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menyahut mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyahut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa-doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia!

Sesungguhnya diri kalian tergadai kerana amal-amal kalian. Oleh kerana itu, bebaskanlah dengan beristighfar. Belakang-belakang kalian berat kerana beban (dosa). Maka dari itu, ringankanlah dengan memperpanjangkan sujud.

Ketahuilah! Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan-Nya.

Wahai manusia!

Siapa saja di antara kalian memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia!

Siapa yang memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melalui sirath al-mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan persoalan-Nya pada Hari Kiamat. Siapa saja yang menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa sahaja yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang menyambungkan tali silaturahmi pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa saja yang melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan mencatatkan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa saja yang melakukan solat fardhu, baginya pahala seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan lain. Siapa saja yang memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangannya ringan. Siapa saja pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, pahalanya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia!

Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagi kalian. Kerana itu, mintalah kepada Tuhan kalian agar tidak pernah menutupkannya bagi kalian. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup. Kerana itu, mohonlah kepada Tuhan kalian untuk tidak akan pernah membukakannya bagi kalian. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu. Kerana itu, mintalah agar mereka tak lagi pernah menguasai kalian.

Wahai manusia!

Sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang mana Allah telah menjadikan puasanya suatu kefardhuan, dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu’.

Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amal kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan satu kefardhuan di dalam bulan yang lain.

Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada Mukmin di dalamnya.

Siapa saja yang memberikan makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikit pun berkurang.

Inilah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari hamba sahaya, nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.

Kerana itu, perbanyakkanlah empat perkara pada bulan Ramadhan: dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhan kalian, dua perkara lagi yang sangat kalian perlukan. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampunan kepada-Nya. Dua perkara yang sangat kalian perlukan ialah memohon syurga dan perlindungan dari neraka.

Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Nya, dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga."
 [HR Ibnu Khuzaimah]

Dikesempatan ini, mel nak ucapkan salam ramadhan kepada semua muslimin & muslimat.. Semoga Ramadhan kali ini disambut dengan penuh keinsafan dan jangan lupa tingkatkan ibadat kita dibulan yang mulia ni.. Semoga segala doa dan ibadat kita diterima Allah S.W.T.. Amin..

♥♥ Rinduku padamu ya Rasulullah ♥♥


Beberapa minggu lepas mel ada terbaca satu artikel dimana ada sahabat kita bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W..Tadi, di facebook juga, ada sahabat bercerita mengenai mimpinya bertemu baginda..subhanallah..sungguh bertuahnya menjadi insan tersebut. mimpikan Rasulullah S.A.W. bukan perkara biasa dalam kehidupan kita. Sangat tipis peluang untuk kita bertemu kekasih Allah tersebut di dalam mimpi. Apa yang mel tahu, mimpikan Rasulullah adalah perkara benar dimana dinyatakan didalam Riwayat Al-Bukhari..
"Barangsiapa yang telah melihatku di alam tidurnya (mimpi) , maka ia sesungguhnya telah melihatku, kerana syaitan tidak mampu menyerupai gambaranku"
Ya Allah, betapa jelesnya mel bila mereka yang bertuah dikurniakan mimpi melihat Rasulullah..hehe..apa yang sahabat kita tu cakap, sepanjang hidup dia cuma baca doa tidur je sebelum tidur dan berniat semoga dapat berjumpa Rasulullah..Akhirnya, hasratnya tercapai dan dia menitiskan airmata sejurus terbangun dari tidur..subhanallah..peluang yang jarang diberi pada insan lain.. masa dia mimpi bertemu Rasulullah, ada cahaya putih bersinar, lalu ada seseorang, datang berjumpa dia, lalu orang itu membawa dia ke satu tempat yang indah, subhanallah, dia sendiri tak mampu berkata untuk menggambarkan keindahan tempat tersebut, lalu dia menitis air mata..
Ada cara sebenarnya untuk mendapatkan mimpi bertemu Rasulullah iaitu dengan istiqamah membaca surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur pada malam Jumaat..insyaAllah..bukan serta merta dapat..perlu istiqamah..itu yang penting..^_^
Ada satu lagi doa yang boleh kita amalkan selalu diiringi niat yang ikhlas didalam hati untuk bertemu Rasulullah S.A.W..




InsyaAllah, mudah2an Allah perkenankan doa kita untuk bertemu kekasihNya..satu lagi petua ialah kita perlu menyintai baginda dengan hati yang tulus murni. Jom kita hayati satu kisah ni..^_^
Dengan wajah muram seorang murid bersimpuh di hadapan syaikhnya. Sang syaikh dengan wajah dan suara berwibawa bertanya kepadanya,”Apakah gerangan merisaukanmu?”
“Wahai syaikh, sudah lama aku ingin melihat wajah Nabiku SAW walau hanya lewat mimpi. Namun, sampai sekarang keinginanku belum juga terkabul,” jelas si murid.
“Oo… rupanya itu yang kau inginkan. Tunggu sebentar…”Sang syaikh mengeluarkan pena, kemudian menuliskan sesuatu untuk muridnya.
“Nih…, bacalah setiap hari seribu kali, insya Allah kau akan bertemu dengan Nabimu.
Dengan wajah berseri pulanglah si murid membawa catatan itu. Namun, setelah beberapa minggu, kembalilah si murid ke rumah syaikhnya memberitahukan bahwa bacaan yang diberikannya tidak menghasilkan apa-apa.
Sang syaikh segera memberikan bacaan lain. Namun, beberapa minggu kemudian muridnya kembali dengan lesu memberitahukan bahawa bacaan itu pun masih belum menghasilkan apa-apa.
Setelah diam beberapa saat, berkatalah sang syaikh, “Nanti malam datanglah engkau kemari. Aku mengundangmu makan malam.”
Sang murid mengangguk kemudian pulang ke rumahnya. Setelah tiba saatnya, pergilah ia ke rumah sang syaikh untuk memenuhi undangannya. Ia merasa hairan melihat syaikhnya hanya menghidangkan ikan masin saja.
“Makan, makanlah semua ikan itu, jangan sisakan sedikit pun!” kata sang syeikh kepada muridnya.
Karena tergolong murid taat, maka ia habiskan seluruh ikan masin yang ada. Selesai makan ia merasa kehausan kerana memang ikan masin membuat orang mudah kehausan. Ia segera meraih segelas air dingin yang ada di hadapannya.
“Letakkan kembali gelas itu!” perintah sang syaikh. “Kau tidak boleh minum air itu hingga esok pagi, dan malam ini kau tidur di rumahku!
Dengan penuh rasa hairan diturutinya perintah syaikhnya. Malam itu dia tak bisa tidur. Lehernya serasa tercekik kerana kehausan. Dia membolak-balikkan badannya, hingga akhirnya tertidur kerana kelelahan.
Apa yang terjadi? Malam itu dia mimpi, Syeikhnya menyodorkan segelas air dingin. Setelah minum, dia terjaga dari tidurnya. Mimpi itu sangat nyata. Seakan benar-benar terjadi padanya.
“Apa yang kau impikan?” tanya sang syeikh yang berdiri tak jauh darinya.
“Syaikh aku tidak memimpikan Nabiku SAW, aku mimpi minum air.”
Tersenyumlah sang syaikh mendengar jawaban muridnya. Kemudian dengan bijaksana dia berkata, “Jika cintamu pada Nabi SAW seperti cintamu pada air sejuk itu nescaya kau akan memimpikannya.
Menangislah si murid. Dia baru sedar bahawa ternyata dalam hatinya belum cukup ada rasa cinta kepada Nabi. Dia masih lebih mencintai dunia daripada Nabi. Dia masih banyak meninggalkan sunnah baginda. Dia masih belum meneladani akhlak baginda. Dia masih lebih mencintai air..
moga kita sama2 dapat manfaat dari kisah tersebut..^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...