Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥♥ Tinggalkan jejak anda..^_^ ♥♥

♥♥ Pentas Dunia ♥♥








Andai dunia tercipta sebagai pentas lakonan..
Kita manusia semuanya berjawatan..
Tiada yang berwatak sampingan..
Tatkala ada yang gagal mengikut arahan..
Perintah atasan diketepikan..
Kepentingan diri diutamakan..
Pentas menjadi tempat hiburan..
Keseronokan tiada berkesudahan..


Pencipta pentas hanya memandang..
Amaran diberi tanpa diundang..
Namun masih ramai terlepas pandang..
Peristiwa lalu hanya dikenang..
Untuk yang terus berjuang..
Dianugerahkan award jangka masa panjang..
Yang dijanjikan akan dibawa pulang..
Seusai kontrak jawatan disandang..


Bagi yang lalai dan leka..
Mungkin kerana mereka sudah lupa..
Janji mereka yang pertama..
Janji dengan pencipta..
Untuk menjadi khalifah,dipentas sementara..
Pabila akad hanya sandiwara..
Semuanya menjadi pelakon durjana..
Kata-kata dusta menjadi bicara..
Tiada silaturahim,bahkan wujud sengketa..
Pelakon yang taat dicela..
Pelakon derhaka dipuja..
Pentas menjadi mangsa..
Pencipta hanya menunggu masa..
Untuk memusnahkan pentas yang fana..
Namun Dia masih cinta..
Setia berharap yang terlupa pulang padaNya..
Memberi peluang sementara pintu dibuka..
Sebelum ia ditutup selamanya..


Dua jalan sudah diberi..
Jalan kesenangan yang dimurkai..
Atau jalan yang penuh onak duri..
tapi diberkati dan diredhai..
Pilihannya ditentukan kita sendiri..
Asalkan tidak lupa diri..
InsyaAllah pentas bagaikan pelangi..
Penuh warna warni..
Hidup sentiasa dibawah rahmat Ilahi..
Bagi yang meninggi diri..
Rezeki tetap diberi..
Namun dalam diri ada sepi..
Kerana jauh dari cinta hakiki..
Cinta antara pelakon dengan Pencipta, Ya Ilahi..
melina,15 Jamadilakhir 1433

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...