Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥♥ Tinggalkan jejak anda..^_^ ♥♥

♥♥ Buatmu..insan bernama muslimah ♥♥




○°ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº°○°ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° 
Duhai muslimahku..
Dikau dilahirkan begitu istimewa..
Dirimu begitu mempesona..
Keranamu lelaki bisa jadi gila..
Dek kerana iman sudah tergoda..
Dengan seribu keindahan dimata..

Jagalah peribadimu muslimah..
Kerana kau adalah fitnah terbesar dunia..
Milikilah sahsiah mukminah muasiroh..
Dimana semangatmu memberi kesan kepada yang lain..
Sesungguhnya kau noktah bidayah masyarakat..
Jika baiknya dirimu..maka baik jugalah masyarakat..
Namun jika dirimu rosak..
Itulah petanda kemusnahan masyarakat..

Wahai muslimahku..
Marilah sama2 fastabiqul khoirat..
Sama2 berlumba2 pada kebaikan..
Bukannya berlumba mengejar kemahsyuran..
Yang akhirnya memakan dirimu sendiri..

Ingat muslimah..
Tatkala dirimu begitu bangga mendedahkan aurat..
Bangga menggayakan fesyen2 barat..
Akan ada mata2 jahat,akan ada nafsu2 syahwat..
Yang akan meratah setiap inci tubuhmu..
Yang hanya menunggu masa..
Merobek mahkota sucimu tanpa rasa kasihan..
Saat itu,janganlah kau salahkan sesiapa..
Kerana andai dirimu yang tak mengundang..
Andai pesonamu dijaga rapi..
InsyaAllah..sang kumbang akan takut menghampiri..
Namun..jika pintu dibuka seluas2nya olehmu sendiri..
Mustahil tak ada yang ingin mencerobohi..

Usah bersedih muslimahku..
Islam tidak mendiskriminasikanmu..
Malah Islam mengangkat tinggi martabatmu..
Islam menyuruhmu patuh..
Agar dirimu bisa menjadi mawar berduri..
Agar menjadi serikandi ansorullah..
Pabila ada yang ingin menyentuh..
Durimu akan menjadi senjata..
Cukup untuk memberi peringatan..
Menyelamatkanmu dari kerakusan sang durjana..

Memang fitrah dirimu sukakan kecantikan..
Bangga apabila mendapat pujian..
Malumu yang sepatutnya menjadi hiasan..
Mengapa sanggup kau lempar ketepian..
Mengertilah muslimahku..
Keindahanmu hanyalah untuk tatapan suamimu..
Andai pesonamu sudah didedah tayangkan..
Madumu sudah dihirup oleh kupu2 malam..
Yang sebenarnya hanya singgah melampiaskan nafsu..
Apa lagi yang tinggal untuk dipersembahkan..
Bangunlah muslimahku..
Bangkitkan kembali semangat serikandimu..
Seperti serikandi zaman Rasulullah..
Ayuh..jadilah wanita yang dirindui syurga.. 

melina,23 Jamadilakhir 1433  ‘♥_♥’
○°ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº°○°ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...