Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥♥ Tinggalkan jejak anda..^_^ ♥♥

♥♥ Benarkah..atau sebaliknya..? ♥♥



Subhanallah...betapa indah dan asyiknya melihat hamparan permaidani alam dihiasi embun2 dipagi hari. Disaat manusia mulai sibuk untuk menunaikan salah satu ibadah Allah, iaitu bekerja, mel pula sibuk termenung di jendela, menghayati dan mengagumi alam ciptaan sang Pencipta yang maha hebat, Allah S.W.T. Melihat burung2 kecil membersihkan badan dilopak2 air bersih, setelah itu berlalu pergi sambil berkicau girang. Melihat kejernihan embun2 putih suci, menumpang kasih di kelopak2 bunga dan rumput2 nan menghijau. Seketika, terbuai melihat rama2 bermain2 di hamparan taman permainan bunga yang berwarna warni, sangat mendamaikan suasana pagi ni. Hurmm..tapi semua ni bakal mel dan kita semua tinggalkan.Dunia..apa ada pada dunia..? Keindahannya hanyalah sementara, yang kekal hanyalah syurga abadi. Kita sering dengar orang salahkan dunia, dunia melalaikan, dunia melekakan, jangan hanyut dengan permainan dunia, syurga dunia, dunia dah nak kiamat dan macam2 lagi..namun lupakah kita bahawa kitalah yang menjadi dalang disebalik semua ini. Allah adalah Pencipta kepada matahari,bumi,planet2 dan bintang2. Segala2nya didalam dunia ini begitu sempurna dan teratur. Kerana Allah mencipta dunia ini, dan Dia telah meletakkan segala sesuatu pada tempatnya. Kita yang mencorakkan dunia, mengikut hawa nafsu, mengikut kehendak masing2, mengikut citarasa masing2 berbekalkan akal yang diberi oleh Allah. Setiap orang mempunyai hati atau keinginan yang berbeza antara satu sama lain. Akal manusia ada macam2, setiap akal mempunyai tahap keupayaan yang berbeza, maka terbentuklah 'dunia ciptaan manusia'..kerana kita, dunia yang menjadi mangsa..

Apa yang mel nak kongsi disini bukanlah tentang dunia, tapi..tentang niat kita. Dalam kitab al-wafi iaitu hadith ar-ba’un, atau lebih dikenali sebagai Hadith 40, pada awal hadith sendiri telah ditunjukkan dengan setiap amalan mestilah dimulakan dengan niat. Hadith dari Nabi Muhammad S.A.W:
“sesunguhnya setiap amalan itu perlulah dengan niat” – bukhari
Lihat sendiri pada awal hadith ini sendiri Nabi Muhammad S.A.W telah pun mengajar kita bahawa setiap amalan kita itu mestilah dimulakan dengan niat, mana mungkin sesuatu perkara itu yang kita lakukan tidak kita lakukan dengan niat yang tertentu.

Dalam satu kisah yang diceritakan dari sahabat dalam suatu peperangan pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dahulu ada mengisahkan bahawa seorang yang berperang dijalan Allah apabila dilihatkan mayatnya di hadapan Rasulullah S.A.W, lalu Rasulullah memberitahu bahawa mayatnya sedang diseksa oleh malaikat, dan dilihat juga mayat orang kafir, lalu baginda Rasulullah S.A.W memberitahu sahabat yang ada bahawasanya mayat orang kafir kuraisy itu sedang diampunkan oleh Allah S.W.T dan akan ditempatkan ke dalam orang2 yang beriman, lalu sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W mengapa terjadi begitu sedangkan mayat orang yang berjihad dijalan Allah itu adalah tempatnya adalah syurga, lalu baginda Rasulullah S.A.W memberitahu bahawasanya mayat orang islam itu walaupun sememangnya tempatnya di syurga tetapi niatnya untuk berjihad di jalan Allah S.W.T adalah kerana orang kafir kuraisy pernah membunuh isterinya satu ketika dahulu, dan jihad kali ini adalah untuk membalas dendam atas perbuatan mereka, dan bukanlah niat jihadnya itu kerana Allah semata2. Kemudiannya sahabat bertanya lagi mengenai mayat orang kafir tadi yang dimasukkan dalam orang2 yang beriman sedangkan tempat orang yang kafir adalah dineraka jahanam. Lalu baginda Rasulullah S.A.W pun menjawab ketika sedang umat islam menggempur orang kafir kuraisy, mayat kafir kuraisy tadi begitu terkejut melihat akan semangat-semangat umat islam dalam peperangan dan dalam masa yang sama hidayah Allah S.W.T datang kepadanya untuk memeluk agama islam dan sejurus sahaja menyahut hidayah Allah S.W.T lalu pedang dihunuskan didadanya, lalu mayatnya diangkat oleh Allah S.W.T dalam keadaan orang2 yang beriman.(hadith ini adalah dari mafhum sahaja, bukan dari sebutir maksud dari matan hadith)..

Jom kita muhasabah diri kita sendiri, adakah selama ni kita meletakkan niat kerana Allah S.W.T..? Adakah kita melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas atau kepuraan semata2. Adakah kita melakukan amal didunia ini hanya kerana Allah, atau melakukan amal didunia hanya kerana manusia. Ikhlas ni hanya antara kita dan Allah saja yang tahu. .Seperti contoh melakukan sesuatu program ilmiah seperti Forum Perdana. Apa yang penting tadi adalah meletakkan diri kita bahawa Allah sahaja yang menjadi matlamat kita, tetapi dalam hal yang sebegini sekiranya kita meletakkan diri kita membuat program itu hanya kerana ingin mendapat nama atau ingin mendapat pujian yang besar dari seseorang, pastinya kita hanya akan puas hati didunia sahaja, akan tetapi akhirat nanti tak dapat apa2. Agak2 apa hujah kita di hadapan ALLAH nanti sekiranya kita didunia sibuk dengan program ilmiah yang hanya menginginkan pujian saja..Contoh paling simple, menulis status facebook atau menulis blog..Bagi yang selalu berkongsi status yang menerapkan ilmu agama, adakah ianya berteraskan niat ikhlas hanya ingin berkongsi dengan sahabat2 lain, atau sekadar berpura2 untuk mengharapkan pandangan yang baik2 terhadap diri kita. Mengharapkan orang memuji2 mengagumi akan kewarakan diri kita yang sebenarnya 'alim2 kucing saja'..? Mengharapkan gelaran 'ustaz' 'ustazah' diberi untuk kita.. Mendambakan orang lain menghormati kita, maka diletaknya status2 yang bukannya diniatkan untuk berkongsi, tetapi untuk menonjolkan bahawa kita ni baik walhal ilmu2 yang dikongsi oleh kita sendiri tu pun diri sendiri tak amalkan. Tak terfikirkah apa pula pandangan Allah S.W.T kepada kita yang hanya berpura semata2..? Apakah niat kita sebenarnya meletakkan gambar2 di facebook..? Gambar2 yang diedit bagi menampakkan lagi kemachoan dan kecantikan kita..Bukankah hanya kerana menginginkan pujian semata2.."Akhi ni dah la soleh, baik, macho pulak 2..bertuah siapa jadi bakal isteri akhi nanti.."  Komen kat status pulak berduyun2 semestinya kebanyakan dari yang bukan mahram..even kalau si lelaki membuat status "Saya jahat, penuh dosa noda, saya bukan orang suci, saya tak layak dipanggil ustaz.." Mesti ramai si bunga komen "akhi seorang yang merendah diri, akhi memang layak digelar ustaz" padahal si lelaki benar2 maksudkannya..Jika ada yang mengatakan bahawa si lelaki memang jahat, kaki penipu, berpura2 warak..mesti akan ada yang menjadi tukang backup.."kenapa si polan2 berkata demikian pada akhi, mintak maaf cepat, jaga percakapan anda, jangan cakap sebarangan, pada saya si akhi sangat baik.." sedangkan mesti ada sebab mengapa si polan berkata demikian..mungkin dia lebih mengenali si lelaki diluar berbanding dengan kita yang hanya mengenali si lelaki di facebook saja..Namun dek kerana hati sudah dikaburi dengan kemachoan si lelaki yang meletakkan gambar diedit, kita merasakan dialah para pejuang Allah, dialah orang suci.Cuba kalau si jejaka berbadan gempal, berkulit hitam, berambut botak, even kalau dia post status agama sekalipun mel percaya si bunga takkan komen banyak2..takkan puji bertuahnya wanita dapat suami macam akhi ni..takkan backup andai ada yang mengutuk dirinya..Bagi muslimah yang meletakkan gambar sebesar2 alam, berpuluh2 gambar, bermacam2 posing, betulkah niat hanya untuk kawan2 mudah mengenali diri kita..? Hanya kerana ingin menarik ramai orang turut memakai purdah, bertudung labuh bila melihat gambar kita.. Atau mengharapkan pujian dari sang jejaka yang akhirnya membuatkan kita leka dan lupa diri.."Alhamdulilah..masih ada lagi wanita solehah ada di dunia akhir zaman ni..wanita beginilah idamanku, yang aku dambakan disetiap doa2ku..." "MasyaAllah, enti cantik sekali..plus solehah dan ayu bertudung labuh..ciri2 wanita solehah idaman para lelaki soleh.." "bertuahnya siapa yang akan jadi suami ya ukhti..pandai menjaga aurat dan sopan..ukhti seperti wanita melayu terakhir.." tapi jika si wanita berjerawat mukanya, bertubuh gempal, hitam, pendek, even kalau dia letak beribu2 gambar yang sopan, menutup aurat, berpurdah, takkan adanya komen puji2an menyapa..tidak benarkah apa yang mel katakan ni..ni realiti dunia zaman sekarang..jika mel salah dan ada yang terasa, maafkan mel..Allah saja yang tahu samada kita ini mahkluk yang ikhlas kerana Allah S.W.T atau semata2 melakukan amal hanya kerana manusia. Sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui hati hamba2Nya..

Marilah kita sama2 tajdid niat iaitu  memperbaharui niat dengan lebih menjurus kepada niatkan sesuatu perkara itu kerana Allah S.W.T..jangan melakukan amal hanya untuk pandangan dunia, pandangan manusia, kelak menjadi sia2 saja apa yang kita usahakan selama ini. Jika benar ingin menarik ramai orang mendalami dan menyintai agama, lakukan dengan seikhlas hati, tanpa mengendahkan kutukan yang boleh menjatuhkan semangat kita, tanpa menggadaikan maruah kita pada benda yang tak sepatutnya, tanpa menggadaikan agama sendiri, hanya untuk kepentingan dunia semata2..mana2 nasihat yang elok diambil, jadikan sebagai ubat untuk kita memperbaiki diri dan mencambahkan lagi ketakwaan pada Allah S.W.T..insyaAllah..

mohon maaf sekali lagi andai mel ada terkasar bahasa..

5 comments:

ChocStrawberries said...

wau.. so sweet.. sye skng niat suci awk..

Melina Yusof said...

insyaAllah..utk peringatan sy jugak..^_^

sinarharapan said...

salam perkenalan..

Melina Yusof said...

salam perkenalan sinarharapan...maaf baru perasaan comment ni..^_^

Murni said...

:-) setuju dgn apa yg tertulis dlm entri ini. Teruskan menulis semoga bermanafaat buat semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...