Mel ada satu kisah nak dikongsikan dengan sahabat2 yang mel sayang ni..kisah ni bukan tentang diri mel,namun kisah yang benar..
Ada sorang gadis yang sewaktu dari kecilnya,tak pernah diterapkan dengan ilmu2 agama..apa yang diajarkan oleh keluarganya hanyalah cinta pada keduniaan semata2.Kelas fekah pada waktu petang pun dia tak sempat pergi kerana ayahnya selalu datang mengambilnya lewat selepas waktu sekolah habis.Habis sekolah pukul 1,tetapi pukul 6 baru ayahnya datang menjemput.Mana sempat nak masuk kelas fekah.Takkan nak masuk kelas dengan memakai baju sekolah lagi pula dia tidak membawa AlQuran pun.Dia membesar dalam keluarga yang tidak pernah mengenal erti bahagia.Ibubapanya sering bergaduh,kadang2 ayahnya memukul ibunya didepan matanya sendiri.Dia yang ketika itu masih kecil hanya mampu menangis.Keluarganya ketika itu tidaklah begitu susah dari segi kewangan.Namun sebagai seorang ayah,perlulah diberi nafkah pada isteri dan anak2.Dia disuruh ibunya kejar ayahnya yang ketika itu sudah mahu pergi kerja.Namun seperti seorang pengemis meminta wang,begitulah keaadaannya ketika itu.Ayahnya hanya menggeleng2 kepala menandakan dia tidak mempunyai wang.Padahal ketika itu ayahnya baru saja mendapat wang yang banyak hasil dari dia berhenti dari pekerjaan lamanya.Akhirnya,ibunya menyuruh dia mencuri wang dari dompet ayahnya yang ketika itu sedang tidur.Menurut ibunya,ayahnya ada perempuan lain diluar.Dia yang masih kecil tidak mengerti apa2.Segala luahan ibunya hanya mampu didengari dengan penuh setia tanpa dapat memberi respons,memberi pendapat,tanpa dapat memujuk hati kecil ibunya yang sedih ketika itu.Akhirnya,pada usianya yang baru 10 tahun,ibubapanya membuat keputusan untuk berpisah.Ibunya lari meninggalkan ayahnya dan pulang ke kampung.Disaat itu juga dia terpisah dengan abang yang satu2nya teman baiknya ketika itu.Abangnya mengikut ayahnya dan dia mengikut ibunya.Namun,sewaktu dia berusia 14 tahun,ibunya mengambil kembali abangnya untuk tinggal bersama.
Sewaktu remajanya,dia juga sama seperti gadis2 lain.Ingin berpakaian cantik dan ingin rasa disayangi oleh lelaki.Ibunya sering membeli pakaian2 yang mengikut trend yang sudah tentu ketat2 singkat2.Pada usia 15 tahun,dia sudah diajar cara2 menghias diri,bagaimana untuk memakai mekap.Nak dijadikan cerita,ada pelajar lelaki disekolahnya meminta untuk menjadi pasangannya,dalam erti kata lain ingin bercinta dengannya.Namun,kerana usia yang masih muda dan memikirkan pelajaran lebih penting ketika itu,ditambah pula ketika itu dia serik untuk bercinta apabila melihat keadaan rumahtangga ibunya yang hancur ditengah jalan,dia menolak secara baik.Akhirnya,dia berjaya menamatkan zaman persekolahannya dengan keputusan yang boleh dibanggakan.Dia ditawarkan sambung belajar ke kolej matrikulasi selama setahun.Disana,sekali lagi ada seorang lelaki yang ingin mengetuk pintu hatinya.Dia dengan rela hati menerima cinta lelaki itu.Ketika itulah dia mula mengenal erti rindu.Rindunya yang ketika dahulunya hanyalah dilabuhkan untuk ibu dan abangnya sudah bertukar arah,rindukan kekasihnya.Sepanjang perkenalannya dengan lelaki itu,dia mula belajar mengenal agama.Ya,cinta kekasihnya itu disambut hanya kerana dia melihat perwatakan lelaki itu yang agak alim.Kiranya lelaki itu diharapkan dapat mengajar dia sedikit sebanyak tentang agama.Dia sangat2 jahil tentang agama dan perlukan bimbingan.Namun,pada masa yang sama,dosa maksiat juga dipandang remeh.Dia yang baru mengenali dunia percintaan,mudah mengikut apa saja rentak bercinta dialam remaja.Setakat berpegang tangan,duduk berdua2an itu apalah sangat baginya.Dia juga sudah pandai menghantar mesej manja2 untuk buah hatinya.
Nak dipendekkan cerita,dia mendapat tawaran sambung belajar di universiti sama seperti kekasihnya.Ketika itu,dirasakan dunia ini mereka yang punya.Tiap2 malam mereka akan makan bersama,memadu kasih didepan orang lain di café tanpa segan silu.Masuk tahun ketiga percintaan mereka,si gadis merasakan ada satu daya yang mengajaknya untuk berubah.Dirasakan dosa sepanjang jatuh ke dunia percintaan ini terlalu banyak,tidak terhitung.Ditambah dengan dia sering mendapat mimpi yang sama sejak dia tingkatan 5,dan dia ada membaca novel “Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul” karya Fatimah Syarha Mohd Noordin,dia semakin bertekad untuk memutuskan hubungan dengan kekasihnya.Pada ketika itu,dia sedar dia jugalah yang menjerumuskan kekasihnya ke lembah maksiat.Kiranya andai dia tidak ada apa2 hubungan dengan kekasihnya,dia dapat selamatkan dan jauhkan kekasihnya dari membuat maksiat.Dia sudah fikir masak2.Keputusan yang diambil adalah untuk kebaikan dirinya sendiri dan kekasihnya.Setelah bergaduh besar,mereka berpisah juga,namun sejak itu jualah mereka tidak berhubung kerana dia hormatkan keputusan lelaki itu yang tidak mahu jadi kawan biasa setelah berpisah.
Namun,kisah percintaannya tidak berhenti sampai situ.Tak lama lepas tu,ada seorang lelaki yang ingin mengajaknya bercinta.Dia yang sudah biasa rasa disayangi lelaki,merasa sunyi setelah berpisah dengan kekasih lamanya. Dia yang masih lemah imannya terima saja tanpa berfikir panjang.Baginya,normal la hidup sebagai remaja inginkan berteman seperti kawan2 yang lain.Dia sengaja buat2 lupa hasratnya berpisah dengan kekasih lamanya iaitu untuk berubah dan tidak mahu melakukan maksiat lagi.Baginya asalkan tidak berjumpa dan tidak mesej manja2 cukuplah.Berkenalan dengan kekasih barunya itu,dia sudah tidak meninggalkan solat lagi.Banyak hal2 agama ditanyakan pada kekasihnya.Tapi dia lupa,antara dua manusia ada yang ketiganya.Sekali lagi dia terjerumus dengan maksiat,berpegang2 tangan malah lebih advance lagi,berpeluk2an.Cinta dihatinya hanyalah untuk buah hatinya saja.Namun,sekali lagi bagai ada satu daya yang ingin menariknya keluar dari alam fantasinya itu.Dia seakan2 tersedar dan bertekad kali ini,dia ingin berubah sebetul2nya.Dia berusaha ingin berubah dan semakin lama nampak sedikit perubahan pada dirinya.Dia berjanji tidak mahu memakai pakaian yang ketat2 dan singkat2.Dia berjanji tidak mahu mesej manja2,tidak mahu melakukan maksiat,tidak mahu meninggalkan solat,dan yang paling penting,dia mahu meninggalkan alam percintaan yang baginya tidak membawa apa2 kebaikan pun pada dirinya.Dia berkenalan dengan sahabat2 yang baginya lebih arif tentang agama berbanding dirinya.Sahabat2 itulah yang sedikit sebanyak memberi semangat padanya untuk berubah.Secara kebetulan dia ada menghadiri satu kelas ceramah di universitinya yang amat memberi kesan pada hatinya.Sejak itu,dia selalu membaca AlQuran tiap2 malam kerana dia tahu,dengan membaca AlQuran hatinya lebih tenang,hati yang kotor dapat dibersihkan.Jiwanya terusik setiap kali mengalunkan ayat2 suci AlQuran biarpun dia tidak begitu pandai bertaranum.Setiap kali lepas solat,dia tidak pernah lupa berdoa agar Allah memberi cahaya kepadanya,memberi jalan kepadanya untuk istiqamah berubah.Dia berdoa agar Allah tidak menarik hidayah yang diberikan kepadanya kerana inilah yang dia harapkan ketika dia masih mencari2 didalam kegelapan dulu.Dia sedar Allah masih sayangkan dirinya,kalau tidak masakan dia bagai dapat kekuatan untuk berubah.Kalau Allah tidak sayangkan dirinya,sudah tentu Allah biarkan saja dia hanyut dengan dunia buatannya sendiri,yang sudah pastinya tidak menjamin syurga kelak.Airmatanya akan menitis tiap kali dia memikirkan tentang keluarganya yang jahil tentang agama.Dia berazam untuk merubah keadaan keluarganya,namun dia perlu merubah dirinya terlebih dahulu.Tapi dalam pada masa yang sama,dia sudah mula menasihati keluarganya agar sentiasa ingat Allah dalam melakukan apa perkara sekalipun.Namun,niat baiknya itu diherdik mereka.Tapi dia tidak putus semangat.
Gambar2nya yang diupload di facebook sudah dideletenya.Dia mula berkenalan dengan sahabat2 yang memakai tudung labuh dan berniqab.Dia belajar dari pengalaman2 sahabat2 barunya itu.Dalam pada masa yang sama,dia tertarik dengan seorang lelaki yang memberi nasihat padanya.Pada mulanya,dia fikirkan lelaki itu sama seperti lelaki2 lain.Yang datang singgah memberi nasihat dan berlalu meninggalkan dia tanpa mengambil kira yang berlaku selepas tu.Namun,berbeza dengan lelaki ni.Pada mulanya,dia dinasihati agar tidak mengupload gambar dimana2 laman sosial.Lembut saja kata2nya..
”Cantik gambar,tapi kan lebih cantik dan indah kalau awak simpan untuk suami awak nanti.Awak tak mahu jadi bidadari teristimewa untuk suami awak ke wahai muslimahku? Saya tegur bukan sebab nak hina awak,tapi sebab saya sayangkan muslimah2 saya,dan awak adalah salah seorang muslimah yang wajib saya korbankan darah saya untuk jaga maruah awak.Jadi saya dengan rendah hati merayu awak tolong la simpan gambar awak tu ye.Nanti dah ada suami,awak bagi kat dia,biar dia tatap..ok? Kalau awak letak kat facebook macam tu,tiap saat awak dapat dosa sebab tabaruj(pamerkan diri).Manusia ni macam2 tau,ada yang tak bernafsu tengok yang bertelanjang,tapi bernafsu tengok yang berpurdah..(ketika tu si gadis meletakkan gambar berpurdah yang saja di’try’nya).Awak tolong la mahalkan diri awak.Ini untuk kebaikan awak,dan keturunan awak,awak mesti nak kekal suci dan dapat keturunan yang suci kan.Kalau letak gambar macam tu,mesti laki ramai tergoda,dan tiap saat fikir macam mana nak berzina dengan awak..dan tiap saat dosa masuk dalam buku catatan amal awak..awak tukar ye.pliz..demi Allah dan Rasul..Awak jangan risau,nanti awak ada suami yang tiap2 hari puji kecomelan awak.Pujian2 kat facebook ni semuanya haram belaka.Tu je yang saya mampu buat,lebih2 tak boleh sebab kamu tu bukan mahram.Kalau awak nak dalami Islam,awak cari la ustazah dan belajar secara khusus.Awak nak kembali pada Allah,jangan risau,ramai yang nak bantu..^_^ ”
Kata2 itu sangat berkesan ketika itu.Si gadis sudah tidak mengupload gambar2 di facebook lagi.Namun,selepas dua bulan,dia upload gambar tetapi tidak macam gambar sebelum ni.Gambar baru ni lebih sopan dan tidak mengenakan mekap tebal2.Baginya itu lebih elok dari mengupload gambar seksi dan menggoda pandangan lelaki.Ternyata dia silap.Sekali lagi si lelaki yang menasihatinya itu datang menyapa.
“Assalamualaikum..awak..apa jadi dengan awak? Awak dah berubah balik jadi macam dulu ke? Hmm..hari tu awak cakap kat saya nak berubah..:’( “
Baru si gadis tersentak dari lamunan.Baru dia sedar even letak gambar yang sopan dan jauh pun lelaki still boleh save dan jadikan gambarnya sebagai bahan untuk melakukan maksiat.Kini,dia memegang kata2 wanita muslimah itu tidak memandang dan tidak dipandang.Seketika,terdetik dihatinya akan usaha lelaki yang menasihatinya itu untuk melihatnya berubah.Untuk selamatkan dirinya dari permainan dunia yang fana ni.Dia berterima kasih pada lelaki itu jauh disudut hatinya kerana lelaki tu dah pun menutup akaun facebooknya tidak tahulah samada untuk sementara atau untuk selamanya.Dalam diam dia menyukai si lelaki..Dia harapkan jodohnya nanti biarlah seperti lelaki itu,yang bersungguh2 mengajaknya dan menariknya ke jalan Islam..bersungguh2 menyambung sunnah nabi berjihad dalam mempertahankan agama suci tercinta.Biarlah matinya kelak sebagai mati syahid.
Kini,si gadis dengan semangat baru,bagai si buta yang dapat melihat semula,begitulah keadaan si gadis yang bertekad mahu menyerahkan seluruh cintanya pada agama.Kisah silamnya dibuang jauh2,tidak mahu ianya menjadi penghalang untuk dirinya berubah.Biarlah matinya kelak tidak sia2,mati setelah dia sempat bertaubat,sempat memberi sumbangan pada agama,sempat menabur bakti pada Islam tercinta.Biarlah matinya dalam keunggulan iman,bersinar harum tersebar,bagai wanginya pusara Masyitah…
Kini,si gadis dengan semangat baru,bagai si buta yang dapat melihat semula,begitulah keadaan si gadis yang bertekad mahu menyerahkan seluruh cintanya pada agama.Kisah silamnya dibuang jauh2,tidak mahu ianya menjadi penghalang untuk dirinya berubah.Biarlah matinya kelak tidak sia2,mati setelah dia sempat bertaubat,sempat memberi sumbangan pada agama,sempat menabur bakti pada Islam tercinta.Biarlah matinya dalam keunggulan iman,bersinar harum tersebar,bagai wanginya pusara Masyitah…
Moga semangat mel seperti gadis itu..insyaAllah..
4 comments:
Syukran..
Peringatan utk hati2 yg lalai dalam menuju pengabdian kpdNya..
Ahli maksia yg merasa dirinya berdosa itu lebih baik dr ahli ibadat yang riak..
jazakallah
afwan..
insyaAllah..
saling memperingati mana yg mampu..
salam...
perkongsian yg sngt bermanfaat...
waalaikumusalam..
insyaAllah..semoga dpt beri hikmah pd para sahabat...asif jiddan sbb baru baca comment ni..^_^
Post a Comment