Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥♥ Tinggalkan jejak anda..^_^ ♥♥

♥♥ Hidup didunia selamanya..? ♥♥



Hidup di dunia ni adakah untuk selama2nya..? TIDAK..Jangan terpedaya dengan keindahan syurga dunia yang terlalu mengasyikkan kita sehingga kita terbuai2 hanyut jauh dari landasan yang ditetapkan Allah. Semua tu hanyalah tipu muslihat dan permainan iblis laknatullah semata2. Semua yang kita miliki didunia ni hanyalah pinjaman dari Allah S.W.T..tiada yang kekal hingga ke syurga, kecuali amalan kita semasa didunia. Hidup ini terlalu indah jika dimanfaatkan sebaik mungkin..Seperti kata Rasulullah S.A.W., "dunia ni adalah ladang akhirat." Anggaplah dunia ni sebagai satu platform untuk kita membina sebuah jambatan untuk ke akhirat kelak. Jika semasa hidup diisikan dengan penuh makna, berlandaskan hukum2 syarak, insyaAllah jambatan yg terbina sgt kukuh untuk menghadapi alam akhirat kekal abadi..jika tidak, sia2lah saja hidup even 1000 tahun skalipun..

Kita semua percaya setiap yang hidup pasti akan mati. Kita tercipta untuk menjadi khalifah di muka bumi ni. Kita semua diwajibkan beribadah kepadaNya dengan seikhlas hati. Bukan kerana mengharapkan yang lain selain dari cintaNya. Kerana apa yang mel selalu nampak, ada diantara kita yang beribadah kepada Allah semata2 kerana menjaga tanggapan kawan2 terhadap dirinya. Solat hanya kerana tidak mahu kawan2 kutuk dia. Bagi yang tak bertudung, pakai tudung time nak pergi masjid je dengan kelas agama. Tu pun sebab tak nak dipandang pelik oleh orang lain. Bukan niat kerana Allah, bukan kerana ikhlas memakainya. Semuanya kerana risaukan pandangan orang lain terhadap diri..

Rasulullah saw. bersabda;
"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu seperti mereka kebuluran mengelilingi hidangan makanan ". Maka salah seorang sahabat bertanya " Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah?" Nabi s.a.w. menjawab, "Tidak,bahkan bilangan kamu amat ramai tetapi kamu umpama buih di lautan. Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit AL-WAHN”. Lantas seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah,Apakah yang dimaksudkan dengan AL-WAHN itu ?" Nabi Muhammad s.a.w. menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".(Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)
Kita percaya wujudnya alam barzakh..Segala azab Allah itu benar belaka..! Kita percaya mati itu pasti..Kita percaya hari kiamat itu pasti akan tiba. 
"Semua yang ada di bumi itu akan binasa.” (QS. Ar Rohman : 26)
 Rumah mewah yang kita huni, kereta besar yang kita banggakan, harta yang kita sanjung, bangunan yang tinggi megah menjulang langit, taman2 yang indah dipandang, gunung2 yang gagah dan perkasa, samudera yang luas yang melapisi sebahagian besar permukaan bumi, bulan yang indah, matahari yang megah memancarkan sinarnya, SEMUANYA akan hancur dan binasa bila tiba saatnya.

Sesungguhnya kita tak tahu pun bilanya kiamat akan tiba, bila masanya malaikat maut akan mencabut nyawa kita, tiada sorang pun yang tahu. Seakan2 sebuah nasihat telah menujah pada diri kita, "bilakah giliran kita akan dipanggil sang pencipta?" pertanyaan yang tak pernah dijawab kerana masih belum siap..belum siap bekal untuk menghadap sang pencipta, masih belum bersedia..masih banyak keinginan yang belum dipenuhi, masih ingin untuk terus memperbanyakkan amal ibadah, masih ingin hidup lebih lama. Hidup ini hanyalah sementara. Dunia ni bersifat fana dan akan kita tinggalkan kelak. 
 
Kehidupan yang kekal hanyalah padaMu
setiap makhluk akan kembali kepadaMu
segala yang Engkau ciptakan akan merasakan mati
hidupkanlah kami untuk beribadah kepadaMu,wahai Sang Pencipta Kehidupan

Segalanya adalah milikMu
namun kami telah merasa dan merasa memiliki
kesombongan kadang menghantui kami, wahai yang Maha Hidup
jauhkanlah kami dari sifat2 iblis yang  terkutuk

Jadikanlah kami orang yang benci berbuat akan dosa
menjauh dari segala perbuatan keji dan mungkar
terbebas dari pujuk rayu iblis dan berisikan iman dan amal saleh
mencintai segala kebajikan dan tunduk akan perintahMu

Wahai Tuhanku, lafazkanlah zikir di lidah kami, tiada henti-hentinya menyebut di hati kami
dari pagi hingga petang menyebut AsmaMu
menyebut kebesaranMu sampai ajal menjemput kami

Kehidupan ini hanyalah persinggahan sementara untuk kembali kepadaNya.Ingatlah sewaktu hidup, untuk berbuat amal soleh, jika ajal merenggut, terputuslah segala amal perbuatan yang akan kita kerjakan.Yang kekal adalah kehidupan akhirat bagi orang2 yang beriman kepadaNya.

3 comments:

Anonymous said...

bgus info ni..=) nice blog..

Melina Yusof said...

makaseh princess nusy..:)

Unknown said...

Subhanallah..baik buat renungan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...