Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

♥♥ Tinggalkan jejak anda..^_^ ♥♥

♥♥ Kisah disebuah kelas ♥♥





Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.Si guru berkata, "Saya punya permainan...Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. 

Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka berserulah "Pemadam!"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian sang guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka berserulah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". 

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti. Si guru tersenyum kepada murid-muridnya."Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya.

Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita lewat berbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya."" Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi karena terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kalian terbiasa dengan hal itu. 

Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kalian tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.""Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend,materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.""Semuanya sudah terbalik. 

Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu...""Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada di tengah tanpa memijak karpet?"Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. 

Akhirnya si Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.""Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. 

Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat."" Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan...""Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.""Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan."

"Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita.."Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi..apa lagi yg tercengang2 tu?? ayuh kita kejutkan umat Islam lain yg masih tertidur!!!"

♥♥ Perhentian yang mengerikan!!! ♥♥


Hiduplah didunia ini seolah2 kita ni pengembara disebuah perjalanan. Umpama pengembara yang mengembara, pastinya ada destinasi tujuannya. Apa destinasi terakhir kita..? New York..? Paris..?

Destinasi terakhir kita semua adalah sama saja. Iaitu alam akhirat yang kekal abadi. Itulah tempat kembalinya kita. Umpama seorang pengembara yang hendak menuju ke destinasinya, pastinya perlu dilengkapi dengan pelbagai persiapan, dari segi rohani, makanan, wang yang cukup. Begitu juga kita sebagai hamba, untuk sampai ke destinasi terakhir kita perlulah bawa bekalan yang cukup. 

Kita semua sama, akan mati juga akhirnya. Yang membezakan adakah kita selamat dan berjaya atau perlu hadapi siksaan neraka sebagai pembawa dosa.

Andai kata sang pengembara tadi tidak mempunyai bekalan yang cukup, maka sampai di tengah perjalanan, dia akan menghadapi saat2 kesukaran untuk meneruskan pengembaraan. Tidak cukup makanan dan wang misalnya, dan tiada orang yang belas kasihan untuk menolong, akhirnya mati begitu saja. Begitu juga kalau kita bawa amalan dan bekalan yang tidak cukup untuk menghadapi alam akhirat, maka ke neraka lah tempatnya seperti yang dijanjikan Allah. 


Sahabat2 yang mel sayangi, marilah kita kembali mengenali fitrah diri kita. Renung kembali asal usul kita, mengapa kita dicipta, apa tujuan kita hidup didunia, mengapa Allah angkat martabat kita lebih tinggi dari malaikat. Ketahui dan sedarlah, kita semua hamba Allah S.W.T.. Dan Allah S.W.T. menciptakan kita sebagai manusia, dan menciptakan makhluk2 lain supaya kita semua kenal Allah S.W.T sebagai Pencipta. Tidak ada yang lebih jelas melainkan tujuan kita dicipta adalah untuk menyembahNya dan takut kepadaNya. Sesiapa yang ingkar dengan perintahNya, maka nerakalah tempatnya. Sesungguhnya Allah S.W.T telah memperingatkan hambaNya tentang neraka supaya mereka takut untuk mungkar kepadaNya. Alangkah beruntunglah bagi mereka yang dapat memahami isi Al-Quran, sentiasa menghayati tafsir2 Al-Quran dan mengkaji cerita dan pengajaran yang hendak disampaikan kerana, sesungguhNya Allah S.W.T telah menggambarkan tentang pedihnya siksaan dan dahsyatnya api neraka. Kepedihan yang terkandung didalamnya berupa air yang mendidih, belenggu, dan rantai yang mampu membuatkan hati orang2 yang beriman pun berasa getar dan takut kepada Allah S.W.T..Kita perlu menyedarkan diri kita bahawa kita semua akan berdiri didepan Allah S.W.T yang maha kuasa. Justeru, inginkah kita berdiri menghadap Pencipta kita dengan tangan kosong, dengan sifat kita yang sentiasa lalai dan menderhaka padaNya..? Allah S.W.T telah menggambarkan bagaimana panasnya api neraka yang dikatakan jika terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.  Allah S.W.T juga telah menggambarkan bagaimana belenggu dan siksaan2 yang terdapat didalamnya, bagaimana pakaian orang2 yang menghuninya. Tapi mengapa kita langsung tidak merasa gentar dan takut malah bangga dalam melakukan dosa2 kepadaNya..?



Abu Hurairah r.a. berkata: "Janganlah gembira seorang yang lacur dengan suatu nikmat kerana dibelakangnya ada yang mengejarnya iaitu jahannam, tiap-tiap berkurang ditambah pula nyalanya."

GAMBARAN SIKSAAN NERAKA

 Yang dibawah ni hanyalah GAMBARAN semata2 tentang keadaan dineraka. Namun apa yang kita tahu keadaannya lebih teruk, keji dan dahsyat dari gambaran2 ni..tidak ada siapa pun yang dapat membayangkan tentang betapa dahsyatnya siksaan neraka yang sebenar2nya..


ayat dalam gambar terpaksa dikaburkan atas sebab2 tertentu



tak terhitung orang yang sedang jatuh ke dalam lautan api neraka yang dalam setiap hari





Orang2 yang tidak mahu berzikir sepanjang hidup didunia

Orang2 yang tidak mahu berdoa pada Allah dan sentiasa membuat keputusan ikut  kemahuan sendiri tanpa mengikut hukum syarak



Orang2 yang minum, mengambil bahagian dan makan hal2 yang terlarang. orang2 yang menyakiti hati orang lain dengan kata2 mereka

Berbicara tanpa mempedulikan atau mengasihi



Pendusta…


Orang2 yang mencuri wang atau dana2 akan ditikam dengan panah2 atau ditusuk dengan jarum2.

Beginilah siksaan terhadap para pembunuh, pemerkosa 
dan penculik anak2.


                    dia melihat ke luar… “Jika saja saya bisa keluar ke situ!”








Tempat bagi serangga2 terletak di neraka. Neraka ini adalah untuk orang2yang melakukan dosa dengan fikiran2 mereka dan bagi mereka yang dipenuhi dengan fikiran dan pengetahuan mereka sendiri. Mereka diselimuti oleh serangga2 yang tak terhitung banyaknya. Ulat2 dan serangga2 di neraka berukuran jauh lebih besar dari pada yang ada di bumi. Ribuan serangga keluar masuk di mulut, telinga dan kepala mereka, merayap di seluruh tubuh mereka!






Mereka ini adalah orang yang memandang remeh perintah Allah dan terus-terusan melakukan dosa. Kulit mereka disiat2


Neraka ini adalah untuk mereka yang telah mengeluh dan bersungut2 walaupun hanya bersungut dihati.




Tempat dineraka ini adalah bagi para suami yang mempunyai keluarga tapi telah mengkhianati isteri mereka atau menjadi homo atau biseksual. Mereka akan ditusuk dengan pisau2 dan tombak.


Lelaki yang rosak secara seksual. Alat sulit mereka akan ditikam setiap detik.


Neraka ini adalah untuk orang2 yang menyembah berhala, memiliki fikiran2 jahat dalam kepala mereka dan keras kepala dengan cara2 mereka sendiri.



Seorang wanita dan anak lelakinya didalam lukisan ini adalah ibu dan anak ketika mereka hidup dibumi. Namun kerana sakit yang tidak tertanggung, mereka tidak mengasihi satu dengan yang lain, tapi berusaha untuk melepaskan diri dari penyiksaan itu dengan memijak satu dengan yang lain.


Mereka yang suka berputus asa dengan Allah. Juga terdiri daripada orang2 yang suka mempersendakan agama dan mengabaikan suruhan Allah. Mereka ini dibakar dengan api neraka.


Nauzubillah min zalik...Ya Allah, ampunilah dosa2 kami yang besar dan yang kecil. Dosa2 yang lalu dan dosa2 yang akan datang. Tak sanggup kami masuk nerakaMu kerana apinya yang teramat panas bukan calang sakitnya, pedih derita tiada penghujungnya. Semoga mati kami didalam rahmat dan kasih sayangMu, dan diampunkan dosa2 kami..amin..

Allah S.W.T. telah berfirman:

“Maka Kami memperingatkan kamu dengan Neraka yang menyala-nyala” (Al Lail: 14)
Dan Imam Ahmad, Ad Darimi, dan Al Hakim telah meriwayatkan dengan sanad dari An Nu’man bin Basyir r.a berkata: “ Saya mendengar Rasulullah S.A.W. berkhutbah dan berkata, ‘ saya peringatkan kalian dari api neraka, saya peringatkan kalian dari api neraka’. Andaikata seseorang berada dipasar, dia pasti akan mendengarkan suara tersebut dari tempatku ini. Dan waktu itu beliau membawa selendang yang tadinya berada dibahu kemudian jatuh dikakinya.” Ini menunjukkan betapa Baginda ingin memperingatkan hal tersebut kepada umatnya.

Firman Allah S.W.T:

klik gambar untuk tumbesaran
“ Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang tidak menderhakai Allah S.W.T terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-Tahrim: 6)

SIFAT API NERAKA DAN AHLINYA


Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda: "Api neraka telah dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga gelap bagaikan malam yang kelam."


Diriwayatkan bahawa Yazid bin Martsad selalu menangis sehingga tidak pernah kering air matanya dan ketika ditanya, maka dijawabnya: Andai kata Allah S.W.T. mengancam akan memenjarakan aku didalam bilik mandi selama seribu tahun, nescaya sudah selayaknya air mataku tidak berhenti maka bagaimana sedang kini telah mengancam akan memasukkan aku dalam api neraka yang telah dinyalakan selama tiga ribu tahun."


Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari mujahid berkata: "Sesungguhnya dijahannam ada beberapa perigi berisi ular-ular sebesar leher unta dan kala sebesar keldai, maka larilah orang-orang ahli neraka ke ular itu, maka bila tersentuh oleh bibirnya langsung terkelupas rambut, kulit dan kuku dan mereka tidak dapat selamat dari gigitan itu kecuali jika lari kedalam neraka."
        
Abdullah bin Jubair meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w.bersabda: "Bahawa didalam neraka ada ular-ular sebesar leher unta, jika menggigit maka rasa redih bisanya tetap terasa hingga empat puluh tahun. Juga didalam neraka ada kala sebesar keldai, jika menggigit maka akan terasa pedih bisanya selama empat puluh tahun."
             
Al-a'masy dari Yasid bin Wahab dari Ibn Mas'ud berkata: "Sesungguhnya apimu ini sebahagian dari tujuh puluh bahagian dari api neraka, dan andaikan tidak didinginkan dalam laut dua kali nescaya kamu tidak dapat mempergunakannya."


Mujahid berkata: "Sesungguhnya apimu ini berlindung kepada Allah S.W.T. dari neraka jahannam." Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya SERINGAN-RINGAN siksa ahli neraka iaitu seorang yang berkasutkan dari api neraka, dan dapat mendidihkan otaknya, seolah-olah ditelinganya ada api, dan giginya berapi dan dibibirnya ada wap api, dan keluar ususnya dari bawah kakinya, bahkan ia merasa bahawa dialah yang terberat siksanya dari semua ahli neraka, padahal ia sangat ringan siksanya dari semua ahli neraka."


Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Amr r.a. berkata: "Orang-orang neraka memanggil Malaikat Malik tetapi tidak dijawab selama empat puluh tahun, kemudian dijawabnya: "Bahawa kamu tetap tinggal dalam neraka." Kemudian mereka berdoa (memanggil) Tuhan: "Ya Tuhan, keluarkanlah kami dari neraka ini, maka bila kami mengulangi perbuatan-perbuatan kami yang lalu itu bererti kami zalim." Maka tidak dijawab selama umur dunia ini dua kali, kemudian dijawab: "Hina dinalah kamu didalam neraka dan jangan berkata-kata."


Demi Allah setelah itu tidak ada yang dapat berkata-kata walau satu kalimah, sedang yang terdengar hanya nafas keluhan dan tangis rintihan yang suara mereka hampir menyamai suara himar (keldai).

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Jibril datang kepada Nabi Muhammad s.a.w pada saat yang tiada biasa datang, dalam keadaan yang berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi Muhammad S.A.W: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawab Jibril: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu pada saat dimana Allah menyuruh supaya dikobarkan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui  bahawa neraka jahannam itu benar, siksa kubur itu benar, siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya." Lalu Nabi Muhammad S.A.W bersabda: "Ya Jibril, jelaskan kepadaku sifat jahannam." Jawabnya: "Ya, ketika Allah menjadikan jahannam maka dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun hingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung diantara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut Allah dalam Al-Quran itu diletakkan diatas bukit nescaya akan cair sampai kebawah bumi yang ketujuh. Demi Allah yang mengutusmu dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa nescaya akan terbakar orang-orang yang dihujung timur kerana sangat panasnya, jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan api. Api neraka itu ada mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagian yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan."


SIKSA DIATAS SIKSA

Qatadah berkata: "Hai kaumku, apakah kamu merasa bahawa itu pasti akan terkena pada dirimu, atau kamu merasa akan kuat menghadapinya. Hai kaumku, taatlah kepada Allah S.W.T. itu jauh lebih ringan bagi kamu kerana itu, taatilah sebab ahli neraka itu kelak akan mengeluh selama seribu tahun tetapi tidak berguna bagi mereka, lalu mereka berkata: "Dahulu ketika kami didunia, bila kami sabar lambat laun mendapat keringanan dan kelapangan, maka mereka lalu bersabar seribu tahun, dan tetap siksa mereka tidak diringankan sehingga mereka berkata: Ajazi'na am sobarna malana min mahish (Yang bermaksud) Apakah kami mengeluh atau sabar, tidak dapat mengelakkan siksa ini.Lalu minta hujan selama seribu tahun sangat haus dan panas neraka maka mereka berdoa selama seribu tahun, maka Allah S.W.T. berkata kepada Jibril: "Apakah yang mereka minta?". Jawab Jibril: "Engkau lebih mengetahui, ya Allah, mereka minta hujan." Maka nampak pada mereka awan merah sehingga mereka mengira akan turun hujan, maka dikirim kepada mereka kala-kala sebesar kaldai, yang menggigit mereka dan terasa pedih gigitan itu selama seribu tahun. Kemudian mereka minta kepada Allah S.W.T. selama seribu tahun untuk diturunkan hujan, maka nampak mereka awan yang hitam, mereka mengira bahawa itu akan hujan, tiba-tiba turun kepada mereka ular-ular sebesar leher unta, yang menggigit mereka dan gigitan itu terasa pedihnya hingga seribu tahun, dan inilah ertinya: Zidnahum adzaba fauqal adzabi. (Yang bermaksud) Kami tambahkan kepada mereka siksa diatas siksa.

PINTU2 NERAKA

Nabi Muhammad S.A.W. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah-rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan tujuh puluh ribu tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain tujuh puluh ribu tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain tujuh puluh kali ganda, maka digiring kesana musuh-musuh Allah S.W.T. sehingga bila telah sampai kepintunya disambut oleh malaikat-malaikat Zabaniyah dengan rantai dan belenggu, maka rantai itu dimasukkan kedalam mulut mereka hingga tembus ke kemaluan, dan diikat tangan kirinya kelehernya, sedang tangan kanannya dimasukkan dalam dada dan tembus kebahunya, dan tiap-tiap manusia itu diiring dengan syaitannya lalu diseret tersungkur mukanya sambil dipukul oleh para malaikat dengan pukul besi, tiap mereka ingin keluar kerana sangat risau, maka ditanamkan kedalamnya."

Nabi Muhammad s.a.w bertanya lagi: "Siapakah penduduk masing-masing pintu itu?" Jawabnya: "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafiq, orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mujizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Firaun sedang namanya Alhawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang-orang shobi'in bernama Saqar. Pintu keempat tempat iblis laknatullah dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam tempat orang-orang kristien (Nasara) bernama Sa'ie."

Kemudian Jibril diam segan pada Nabi Muhammad S.A.W. sehingga Nabi Muhammad S.A.W. bertanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?" Jawab Jibril: "Didalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat." Maka Nabi Muhammad S.A.W. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan Jibril itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi Muhammad S.A.W. dipangkuan Jibril sehingga sedar kembali, dan ketika sudah sedar Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk neraka?" Jawab Jibril: "Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu."


RASULULLAH S.A.W. RISAU DAN SEDIH MEMIKIRKAN KITA , UMATNYA


Kemudian Nabi Muhammad S.A.W. menangis, Jibril juga menangis, kemudian Nabi Muhammad S.A.W. masuk kedalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian masuk kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah S.W.T., dan pada hari ketiga datang Abu Bakar r.a. kerumah Nabi Muhammad S.A.W. mengucapkan: "Assalamu'alaikum yang ahla baiti rahmah. Apakah dapat bertemu kepada Nabi Muhammad S.A.W.?" Maka tidak ada yang menjawabnya, sehingga ia menepi untuk menangis, kemudian Umar datang dan berkata: "Assalamu'alaikum ya ahla baiti rahmah, apakah dapat bertemu dengan Rasulullah S.A.W.?" Dan ketika tidak mendapat jawapan dia pun menepi dan menangis, kemudian datang Salman Alfarisi dan berdiri dimuka pintu sambil mengucapkan: "Assalamu'alaikum ya ahla baiti rahmah, apakah dapat bertemu dengan Junjunganku Rasulullah S.A.W.?" Dan ketika tidak mendapat jawapan, dia menangis sehingga jatuh dan bangun, sehingga sampai kerumah Fatimah r.a. dan dimuka pintunya ia mengucapkan: "Assalamu'alaikum hai puteri Rasulullah S.A.W."Kebetulan pada masa itu Ali r.a. tiada dirumah, lalu bertanya: "Hai puteri Rasulullah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah beberapa hari tidak keluar kecuali untuk sembahyang dan tidak berkata apa-apa kepada orang dan juga tidak mengizinkan orang-orang bertemu dengannya." Maka segeralah Fatimah memakai baju yang panjang dan pergi sehingga apabila beliau sampai kedepan muka pintu rumah Rasulullah S.A.W. dan memberi salam sambil berkata: "Saya Fatimah, ya Rasulullah." Sedang Rasulullah S.A.W. bersujud sambil menangis, lalu Rasulullah S.A.W. mengangkat kepalanya dan bertanya: "Mengapakah kesayanganku?" Apabila pintu dibuka maka masuklah Fatimah kedalam rumah Rasulullah S.A.W. dan ketika melihat Rasulullah S.A.W.menangislah ia kerana melihat Rasulullah S.A.W. pucat dan sembam muka kerana banyak menangis dan sangat sedih, lalu ia bertanya: "Ya Rasulullah, apakah yang menimpamu?" Jawab Rasulullah S.A.W.: "Jibril datang kepadaku dan menerangkan sifat-sifat neraka jahannam dan menerangkankan bahawa bahagian yang paling atas dari semua tingkat neraka jahannam itu adalah untuk umatku yang berbuat dosa-dosa besar, maka itulah yang menyebabkan aku menangis dan berduka cita." 


PENYESALAN ORANG KAFIR

Dalam lain riwayat dikatakan ketika mereka diiring oleh Malaikat Malik selalu memanggil: "Wa Muhammad." tetapi setelah melihat muka Malaikat Malik lupa akan nama Rasulullah S.A.W. kerana hebatnya Malaikat Malik, lalu ditanya: "Siapakah kamu?" Jawab mereka: "Kami ummat yang dituruni Al-Quran dan kami telah puasa bulan Ramadhan." Lalu Malaikat Malik berkata: "Al-Quran tidak diturunkan kecuali kepada ummat Rasulullah S.A.W.." Maka ketika itu mereka menjerit: "Kami ummat Nabi Muhammad S.A.W." Maka Malaikat Malik bertanya: "Tidakkah telah ada larangan dalam Al-Quran dari maksiat terhadap Allah S.W.T.." Dan ketika berada ditepi neraka jahannam dan diserahkan kepada Malaikat Zabaniyah, mereka berkata: "Ya Malik, diizinkan saya akan menangis." Maka diizinkan, lalu mereka menangis sampai habis airmata, kemudian menangis lagi dengan darah, sehingga Malaikat Malik berkata: "Alangkah baiknya menangis ini andaikata terjadi didunia kerana takut kepada Allah S.W.T., nescaya kamu tidak akan disentuh oleh api neraka pada hari ini, lalu Malaikat Malik berkata kepada Malaikat Zabaniyah: "Lemparkan mereka kedalam neraka." dan bila telah dilempar mereka serentak menjerit: "La illaha illallah." maka surutlah api neraka, Malaikat Malik berkata: "Hai api, sambarlah mereka." Jawab api: "Bagaimana aku menyambar mereka, padahal mereka menyebut La illaha illallah." Malaikat Malik berkata: "Demikianlah perintah Tuhan Rabbul arsy." maka ditangkaplah mereka oleh api, ada yang hanya sampai tapak kaki, ada yang sampai kelutut, ada yang sampai kemuka. Malaikat Malik berkata: "jangan membakar muka mereka kerana kerana mereka telah lama sujud kepada Allah S.W.T., juga jangan membakar hati mereka kerana mereka telah haus pada bulan Ramadhan." Maka tinggal dalam neraka beberapa lama sambil menyebut: "Ya Arhamar Rahimin, Ya Hannan, Ya Mannan." Kemudian bila telah selesai hukuman mereka, maka Allah S.W.T. memanggil Jibril dan bertanya: "Ya Jibril, bagaimanakah keadaan orang-orang yang maksiat dari ummat Nabi Muhammad s.a.w?" Jawab Jibril: "Ya Tuhan, Engkau lebih mengetahui." Lalu diperintahkan: "Pergilah kau lihatkan keadaan mereka." Maka pergilah Jibril a.s. kepada Malaikat Malik yang sedang duduk diatas mimbar ditengah-tengah jahannam. Ketika Malaikat Malik melihat Jibril segera ia bangun hormat dan berkata: "Ya Jibril, mengapakah kau datang kesini?" Jawab Jibril: "Bagaimanakah keadaan rombongan yang maksit dari ummat Rasulullah S.A.W.?" Jawab Malaikat Malik: "Sungguh ngeri keadaan mereka dan sempit tempat mereka, mereka telah terbakar badan dan daging mereka kecuali muka dan hati mereka masih berkilauan iman."Jibril berkata: "Bukalah tutup mereka supaya saya dapat melihat mereka." Maka Malaikat Malik menyuruh Malaikat Zabaniyah membuka tutup mereka dan ketika mereka melihat Jibril mereka mengerti bahawa ini bukan Malaikat yang menyiksa manusia, lalu mereka bertanya: "Siapakah hamba yang sangat bagus rupanya itu?" Jawab Malaikat Malik: "Itu Jibril yang biasa membawa wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W." Ketika mereka mendengar nama Nabi Muhammad S.A.W. maka serentaklah mereka menjerit: "Ya Jibril, sampaikan salam kami kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan beritakan bahawa maksiat kamilah yang memisahkan kami dengannya serta sampaikan keadaan kami kepadanya." Maka kembalilah Jibril menghadap kepada Allah S.W.T. lalu ditanya: "Bagaimana kamu melihat ummat Muhammad?" Jawab Jibril: "Ya Tuhan, alangkah teruk dan dahsyatnya keadaan mereka dan sempit tempat mereka." Lalu Allah S.W.T. bertanya lagi: "Apakah mereka minta apa-apa kepadamu?" Jawab Jibril: "Ya, mereka minta disampaikan salam mereka kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan diberitakan kepadanya keadaan mereka." Maka Allah S.W.T. menyuruh Jibril menyampaikan semua pesanan itu kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang tinggal dalam khemah dari permata yang putih, mempunyai empat ribu buah pintu dan tiap-tiap pintu terdapat dua daun pintu dari emas, maka berkata Jibril: Ya Muhammad, saya datang kepadamu dari rombongan orang-orang yang derhaka dari ummatmu yang masih tersiksa dalam neraka, mereka menyampaikan salam kepadamu dan mengeluh bahawa keadaan mereka sangat keji dan sangat sempit tempat mereka." Maka pergilah Nabi Muhammad S.A.W. kebawah arsy dan bersujud dan memuji Allah S.W.T. dengan ucapan yang tidak pernah diucapkan oleh seorang makhluk pun sehingga Allah S.W.T. menyuruh Nabi Muhammad S.A.W.: "Angkatlah kepalamu dan mintalah nescaya akan diberikan, dan ajukan syafa'atmu pasti akan diterima." Maka Nabi Muhammad S.A.W. berkata: "Ya Tuhan, orang-orang yang derhaka dari ummatku telah terlaksana pada mereka hukumMu dan balasanMu, maka terimalah syafa'atku." Allah S.W.T. berfirman: "Aku terima syafa'atmu terhadap mereka, maka pergilah keneraka dan keluarkan daripadanya orang yang pernah mengucap Laa ilaha illallah." Maka pergilah Nabi Muhammad S.A.W. keneraka dan ketika dilihat oleh Malaiakt Malik, maka segera ia bangkit hormat lalu ditanya: "Hai Malik, bagaimanakah keadaan ummatku yang derhaka?" Jawab Malaikat Malik: "Alangkah kejinya keadaan mereka dan sempit tempat mereka." Maka diperintahkan membuka pintu dan angkat tutupnya, maka apabila orang-orang didalam neraka itu melihat Nabi Muhammad S.A.W. maka mereka menjerit serentak: "Ya Nabi Muhammad S.A.W., api neraka telah membakar kulit kami." Maka dikeluarkan semuanya berupa arang, lalu dibawa mereka kesungai dimuka pintu syurga yang bernama Nahrulhayawan, dan disana mereka mandi kemudian keluar sebagai orang muda yang gagah, elok, cerah matanya sedangkan wajah mereka bagaikan bulan dan tertulis didahi mereka Aljahanamiyun atau orang-orang jahannam yang telah dibebaskan oleh Allah S.W.T.. Dari neraka kemudiannya mereka masuk kesyurga, maka apabila orang-orang neraka itu melihat kaum muslimin telah dilepaskan dari neraka, mereka berkata: "Aduh, sekiranya kami dahulu Islam tentu kami dapat keluar dari neraka."

 Allah S.W.T. berfirman: "Rubama yawaddul ladzina kafaruu lau kanu muslimin." (Yang bermaksud) "Pada suatu saat kelak orang-orang kafir ingin andaikan mereka menjadi orang Muslim."

ADAKAH KAMU KENAL MAUT?

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: "Pada hari kiamat kelak akan didatangkan maut itu berupa kambing kibas putih hitam, lalu dipanggil orang-orang syurga dan ditanya: "Apakah kenal manut?" Maka mereka melihat dan mengenalnya, demikian pula ahli neraka ditanya: "Apakah kenal maut?" Mereka melihat dan mengenalnya, kemudian kambing itu disembelih diantara syurga dan neraka, lalu diberitahu: "Hai ahli syurga kini kekal tanpa mati, hai ahli neraka kini kekal tanpa mati." Demikianlah ayat: Wa andzirhum yaumal hasrati idz qudhiyal amru (Yang bermaksud) Peringatkanlah mereka akan hari kemenyesalan ketika maut telah dihapuskan."


Semoga perbanyakkan membaca doa2 ini selepas solat. InsyaAllah akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Bertaubatlah sementara pintu taubat masih terbuka. Namun jika dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat, menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan disamping memohon keampunan Allah S.W.T..

klik gambar untuk tumbesaran

♥♥ Islamic Arts --) Kawanimut ♥♥


Mel percaya ramai sahabat2 yang suka dengan gambar2 dari Kawanimut ni. Semua gambar2 diorang ni sangat2 cantik. Kita boleh rasai kelembutan seorang akhwat dan..erm..dan kehenseman si ikhwan..heee..^__^
( boleh klik kat gambar untuk tumbesaran..^_^ )






















































Rambang mata tengok..^_^
Kalau nak tengok banyak lagi gambar2, boleh la pergi kat fb Kawanimut ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...